Sunday, April 1, 2012
Kedah nafi pemain import Hamidan disingkir
ALOR SETAR - Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) hari ini menafikan khabar angin bahawa penyerang import dari Ghana, Mohammed Hamidan telah disingkirkan.
Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Hamdan Mohamed Khalib berkata, khabar angin kononnya KFA telah memberi surat penyingkiran kepada Hamidan seperti yang didakwa oleh segelintir penyokong Kedah dalam laman sosial facebook adalah tidak benar.
Beliau berkata, Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak KFA akan meneliti laporan prestasi pemain import Kedah itu pada mesyuarat Rabu depan bagi menentukan nasib sama ada Hamidan akan kekal bersama Kedah.
Saturday, March 31, 2012
Hamidan kian berbisa
Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
SENTUHAN pemusnah pemain import, Hamidan Mohammed terus menggegar apabila sekali lagi menjadi watak penting kepada kemenangan Kedah selepas menghasilkan dua gol ketika membantu Kenari menewaskan Perak 3-0 pada aksi Liga Super, malam tadi.
Peranan penting dilaksana pemain kelahiran Ghana itu pasti mengukuhkan kedudukannya dalam skuad Kedah yang kini kembali melonjak ke tangga kesembilan selepas sebelum ini bergelut di zon penyingkiran.
Aksi babak pertama di Stadium Darulaman itu agak seimbang apabila kedua-dua pasukan masing-masing melancarkan serangan untuk memburu gol awal.
aziman@hmetro.com.my
SENTUHAN pemusnah pemain import, Hamidan Mohammed terus menggegar apabila sekali lagi menjadi watak penting kepada kemenangan Kedah selepas menghasilkan dua gol ketika membantu Kenari menewaskan Perak 3-0 pada aksi Liga Super, malam tadi.
Peranan penting dilaksana pemain kelahiran Ghana itu pasti mengukuhkan kedudukannya dalam skuad Kedah yang kini kembali melonjak ke tangga kesembilan selepas sebelum ini bergelut di zon penyingkiran.
Aksi babak pertama di Stadium Darulaman itu agak seimbang apabila kedua-dua pasukan masing-masing melancarkan serangan untuk memburu gol awal.
Friday, March 30, 2012
Khyril Muhymeen mula 'gatal kaki'
![]() |
| KHYRIL (kiri) sudah belajar kesilapan dan tak sabar tunggu aksi menentang Perak, malam ini. |
PENJARING terbanyak Kedah, Khyril Muhymeen Zambri tidak sabar beraksi kembali apabila Hijau Kuning menentang Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Darulaman, malam ini selepas tersisih daripada senarai pasukan yang menewaskan T-Team dalam suku akhir Piala FA tempoh hari.
Monday, February 20, 2012
Wan Jamak mampu tersenyum bangga
ALOR SETAR - Walaupun terpaksa beraksi dalam hujan lebat kelmarin, kejayaan Kedah membenam PKNS pada saingan Piala FA di Stadium Darul Aman mampu membuatkan ketua jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hassan tersenyum bangga.
Perjuangan pemain skuad Kenari yang kesejukan berbaloi apabila perlawanan yang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penanti itu berpihak kepada mereka menerusi jaringan 4-2 setelah seri 1-1 selepas aksi 120 minit.
Wan Jamak berkata, pemain sudah menunjukkan peningkatan dalam persembahan mereka sejak tiga perlawanan lalu dan pada pertemuan dengan PKNS itu mereka telah membuktikan kemampuan dengan beroleh kejayaan.
Tuesday, February 14, 2012
Wan Jamak ibarat 'mati hidup semula'
![]() |
| Wan Jamak kembali bimbing Kedah selepas tamat tempoh penggantungan |
SETELAH hanya menjadi 'penonton' dalam tempoh penggantungan tujuh perlawanan, Wan Jamak Wan Hassan kembali 'menyentuh' bola.
Kembalinya ketua jurulatih Kedah ke padang itu bagaikan 'mati hidup semula' dan seakan memberi semangat baru kepada pembimbing skuad Hijau Kuning itu.
Beliau yang pertama kali menjejakkan kaki di rumput hijau Stadium Darul Aman, Alor Setar musim ini memantau latihan ringan pemain menerusi segmen latihan berbeza berbanding pembantu jurulatihnya sebelum ini.
Wan Jamak yang ditanya perasaannya sepanjang tempoh penggantungan hanya tersenyum.
"Saya rasa bagai mati hidup semula dalam sukan bola sepak ini," katanya.
Dalam tempoh penggantungan itu, Kedah dibimbing jurulatih skuad Piala Presiden, Mohd. Nidzam Adzha Yusof sebelum diambil alih oleh penolong jurulatih, Radzi Mat Din.
Wan Jamak didakwa mengkritik mutu pengadilan ketika menyaksikan anak-anak didiknya beraksi sekadar seri 1-1 menentang Perak pada perlawanan terakhir Kumpulan A saingan Piala Malaysia pada 28 September tahun lalu.
Friday, February 3, 2012
Khyril yakin skuad Kedah pasti bangkit
Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
sukan@utusan.com.my
PULAU PINANG - Pemain sayap Kedah, Mohd. Khyril Muhymeen Zambri yakin pasukannya akan bangkit dan keluar dari zon penyingkiran apabila saingan Liga Super diteruskan bulan ini
Mengakui mereka mengharungi saingan awal liga dengan keadaan 'tenat', bekas pemain kebangsaan itu yakin segalanya belum terlambat pasukannya memperbaiki pencapaian.
"Kami belum mengaku kalah kerana masih banyak perlawanan yang perlu dihadapi sebelum juara Liga Super ditabalkan. Perlu diingat juga, pungutan mata antara pasukan tidak jauh berbeza.
Punca kemerosotan Kedah
![]() |
| Wan jamak masih menjalani penggantungan tujuh perlawanan dan belum boleh melatih skuad kedah buat sementara waktu |
Ia berikutan penggantungan ketua jurulatih itu diakhir musim lalu yang membuatkan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) tidak sempat mencari jurulatih baharu bagi menguruskan pasukan.
Turut dipersalahkan oleh penyokong skuad Hijau Kuning ialah pengurus pasukan, Datuk Khazali Din yang didesak berundur daripada jawatan yang disandangnya.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib berkata, hukuman penggantungan tujuh perlawanan ke atas Wan Jamak merupakan punca utama berlaku kepincangan dalam pengurusan bola sepak Kedah.
Thursday, February 2, 2012
Tolong bersabar - Azizan
![]() |
| Pemain kedah(jersi Hijau) belum menemui rentak ketika saingan liga super sudah melalui lima perlawanan setakat ini. |
KEDAH semakin tenat, tetapi Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Azizan Abdul Razak tetap merayu agar penyokong mereka bertenang.
Kedah kini berada dalam kelompok terbawah saingan Liga Super dan kedudukan tersebut mula mencemaskan penyokong fanatik skuad Hijau Kuning itu.
Menurut Azizan, tempoh saingan Liga Super masih panjang dan beliau yakin Kedah mampu kembali ke kedudukan terbaik liga setelah segala masalah dan kelemahan pemain dapat diatasi.
Katanya, beliau memahami masalah yang dihadapi pasukan itu ekoran penggantungan ketua jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan sehingga menyebabkan pemain kehilangan pembimbing sekali gus menjejaskan prestasi mereka.
Monday, January 30, 2012
'Bacul kalau saya tinggalkan Kedah'
![]() |
| Khazali Din (baju merah) dikawal ketat oleh anggota polis ketika keluar dari Stadium Darul Aman, Alor Setar kelmarin selepas Kedah tumpas 1-3 kepada Johor FC dalam saingan Liga Super. |
ALOR SETAR - "Bacul kalau saya tinggalkan pasukan Kedah sekarang."
Demikian kata-kata pengurus pasukan Kenari, Datuk Khazali Din, yang bertegas tidak akan meninggalkan skuad Hijau Kuning itu selagi prestasi mereka gagal mencapai tahap terbaik.
Walaupun dicemuh kira-kira 1,000 penyokong yang berhimpun di luar Stadium Darul Aman kelmarin selepas Kedah tewas 1-3 kepada Johor FC dalam aksi Liga Super, namun Khazali tidak sesekali berniat untuk berundur.
Nidzam Adzha lepas jawatan
KEGAGALAN Kedah meraih sebarang kemenangan setelah mengharungi lima perlawanan memaksa jurulatih sementara skuad Hijau Kuning, Mohd. Nidzam Adzha Yusof (gambar) melepaskan jawatannya.
Keputusan itu dibuat selepas Kedah sekali lagi tumbang di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin yang sebelum ini boleh dianggap sebagai gelanggang keramat buat mereka.
Pada pertemuan itu, skuad Hijau Kuning dihukum atas kelemahan mereka sendiri apabila tewas 1-3 kepada pasukan berstatus kelab, Johor FC.
Nidzam Adzha yang kecewa dengan prestasi anak-anak buahnya sepanjang lima perlawanan setakat ini menyifatkan aksi tersebut sebagai persembahan terburuk barisan kendaliannya.
“Saya melepaskan jawatan sebagai jurulatih skuad utama Kedah dan menyerahkannya kepada Radzi (Mat Din),” kata Nidzam Adzha.
Pada pertemuan di laman sendiri, Kedah hanya sekadar seri tanpa jaringan dengan Lions XII, selain diaibkan dengan kekalahan 0-3 kepada Kelantan dan terbaharu, tewas 1-3 kepada Johor FC.
Nidzam Adzha yang merupakan jurulatih skuad Piala Presiden Kedah menggalas tugas selaku pengendali sementara Kedah bagi menggantikan ketua jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan yang digantung tujuh perlawanan.
Sunday, January 29, 2012
Liga Super: KFA buat ”post mortem” kenal pasti masalah
29/01/2012 11:09am
ALOR SETAR 29 Jan. – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan melakukan ”post mortem” dengan segera bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi pemain dan pasukan Liga Super, sehingga menyebabkan pasukan itu masih gagal mencapai kemenangan selepas lima perlawanan.
Pengurus pasukan, Datuk Khazali Din berkata, KFA tidak boleh melengahkan proses itu memandangkan prestasi pasukan berkenaan kian hambar dan mengecewakan.
Beliau berkata, langkah drastik perlu diambil dengan melakukan beberapa perubahan corak permainan pasukannya ketika bertemu Kuala Lumpur Selasa ini dan turut bergantung kepada pemain muda untuk melakukan sesuatu.
"Pemain lama pun tak memberangsangkan. Mereka sendiri yang kena bertanggungjawab kerana mereka langsung tidak bertenaga ketika bertemu dengan Johor FC,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman di sini malam tadi.
Khazali yang kecewa dengan prestasi hambar pemain Kedah turut memberi amaran keras untuk memberi surat amaran serta membuat pemotongan gaji secara berperingkat-peringkat jika masih tidak beraksi dengan baik.
Pertemuan dengan Johor FC malam tadi menyaksikan Kedah sekali lagi tersungkur di laman sendiri 1-3 di hadapan lebih 1,000 penyokong sendiri. – BERNAMA
Saturday, January 28, 2012
Misi hidup, mati skuad Kedah
![]() |
| Kedah(jersi hijau kuning) tiada pilihan lain kecuali menang menetang Johor fc malam ini bagi mengembalikan keyakinan mereka |
PERTEMUAN Kedah dengan Johor FC di Stadium Darulaman, Alor Setar malam ini ibarat hidup dan mati berikutan himpitan tekanan skuad Kenari yang masih gagal mencapai sebarang kemenangan selepas mengharungi empat perlawanan Liga Super musim ini.
Perlawanan itu juga pasti menjadi tumpuan penyokong dan pemain selain pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang sudah pastinya mengharapkan tuah berpihak kepada mereka.
Biarpun KFA meminta penyokong tidak gusar, sebaliknya memberi peluang kepada skuad Kenari meningkatkan aksi mereka, namun realiti yang mungkin tidak boleh dielakkan ialah tekanan akan terus memuncak jika kemenangan malam ini berpihak kepada lawan.
Pertemuan dua pasukan yang boleh dianggap ‘final’ itu bakal menjadi penentu bagi meredakan sedikit tekanan yang ditanggung Kedah atau sebaliknya.
Thursday, December 15, 2011
Kedah Yakin Julang Trofi
PASUKAN Kedah yang dibantu enam pemain berpengalaman Liga Super yakin mampu menjulang trofi Piala Emas Raja-Raja kali ini selepas berjaya melangkah ke separuh akhir dan bakal menentang Melaka di Stadium Darulaman, Sabtu ini.
Ketua jurulatih Kedah, Mohamad Ramlee berkata, gandingan dengan pemain Piala Presiden mampu menjadikan pasukan Kenari lebih mantap di peringkat akhir.
Sunday, December 11, 2011
Kedah merendah diri
Thursday, December 1, 2011
Bola Sepak Kedah Hebat, Mewah, Tapi kecundang
Kedudukan dan mutu Bolasepak Kedah masakini sewajarnya mencapai takrifan sebagai memalukan walaupun banyak wang telah dibelanjakan tetapi peningkatan dari segi pasukan berkualiti dan tahap masih menjadi satu impian, walaupun bukan satu igauan yang perlu menekankan, rombakan dan pembaharuan dalam persatuan dan dalam pengurusan pasukan Liga Super dan Liga Presiden dan lain-lain pertandingan.
Berjuta ringgit telah dibelanjakan tanpa membawa sebarang kesan yang boleh dianggap satu kejayaan. Disebalik komen dan pendapat yang dinyatakan meluas dalam urusan dan iteraksi harian yang boleh membawa hasil yang baik atau disebaliknya sering didengari tetapi sayangnya telah dikaitkan dengan kegagalan.
Tuesday, November 15, 2011
'Tewaskan Indonesia'
![]() |
| AKSI Baddrol Bakhtiar (kiri) ketika menjaringkan gol pertama Malaysia menentang Thailan |
Sejak menentang Kemboja kami diejek penyokong tuan rumah: Badd
SEMANGAT kapten skuad bola sepak negara, Baddrol Bakhtiar berkobar-kobar ketika ini dan mesej kepada setiap rakan sepasukan adalah turun ke gelanggang dan menewaskan tuan rumah, Indonesia dalam saingan terakhir Kumpulan A, Khamis ini.
Thursday, November 10, 2011
Sentuhan 'sang juara'
JAKARTA - Harimau Muda mula mengaum di Stadium Gelora Bung Karno.
Selepas menampilkan rentak hambar ketika seri tanpa jaringan dengan Singapura pada aksi pembukaan Kumpulan A, Isnin lalu, skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) negara kembali menemui sentuhan 'sang juara' apabila membenam musuh tradisi, Thailand 2-1 semalam.
Kemenangan tersebut dianggap cukup bermakna buat skuad kendalian Ong Kim Swee itu dalam misi mereka memburu slot lebih awal ke peringkat separuh akhir.
Lebih manis, kejayaan itu mengulangi pencapaian skuad negara kendalian Datuk K. Rajagobal ketika melakar kemenangan dengan keputusan yang sama ke atas Thailand pada aksi peringkat kumpulan pada temasya Sukan SEA 2009 di Laos.
Selepas menampilkan rentak hambar ketika seri tanpa jaringan dengan Singapura pada aksi pembukaan Kumpulan A, Isnin lalu, skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) negara kembali menemui sentuhan 'sang juara' apabila membenam musuh tradisi, Thailand 2-1 semalam.
Kemenangan tersebut dianggap cukup bermakna buat skuad kendalian Ong Kim Swee itu dalam misi mereka memburu slot lebih awal ke peringkat separuh akhir.
Lebih manis, kejayaan itu mengulangi pencapaian skuad negara kendalian Datuk K. Rajagobal ketika melakar kemenangan dengan keputusan yang sama ke atas Thailand pada aksi peringkat kumpulan pada temasya Sukan SEA 2009 di Laos.
Saturday, November 5, 2011
Saya Tidak Bersalah
![]() |
| wan jamak wan hasan |
"Saya Tidak Bersalah" itulah yang dinyatakan oleh ketua jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hasan ketika ditemu bual oleh wartawan Astro Arena.
Wan Jamak yang sebelum ini telah dikatakan mengkritik tahap mutu pengadilan Malaysia dan juga dikatakan mengkritik tahap profesionalisme FAM dalam pemilihan pengadil dalam kancah Piala Malaysia pada perlawanan Kedah menetang Perak di Darul Aman diperingkat kumpulan yang baru lepas.
KFA telah membalas borang B kepada FAM pada hari jumaat lepas, yang menyatakan Wan Jamak tidak bersalah, dan dalam temu bual itu Wan Jamak tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai FAM sehingga beliau dibicarakan kelak.
Penolong Setiausaha FAM berkata mereka akan membicarakan Wan Jamak dan akan mengkaji semula kenyataan yang dikeluarkan oleh Wan Jamak. Jika Wan Jamak didapati bersalah, tindakan akan dikenakan oleh FAM terhadap beliau.
-admin KFS-
Wednesday, October 12, 2011
Pengadil bertindak ikut emosi
![]() |
| KEKECOHAN berlaku di SSINS semalam selepas pemain Terengganu ditumbuk pemain Kelantan pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2011 kelmarin. |
LIMA kad merah dan lebih 10 kad kuning yang dilayangkan dalam tempoh 90 minit pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2011 antara Terengganu dan Kelantan kelmarin sudah cukup membuktikan betapa mutu pengadilan bola sepak di negara ini berada pada tahap memalukan.
Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak profesional, para penyokong turut menyelar sikap terlalu emosi pengadil perlawanan, Mohd. Nafeez Abd. Wahab yang sewenang-wenangnya melayangkan kad kuning kepada para pemain.
Saturday, October 1, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)




.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)






