Thursday, December 1, 2011

Bola Sepak Kedah Hebat, Mewah, Tapi kecundang



Mukadimah

Kedudukan dan mutu Bolasepak Kedah masakini sewajarnya mencapai takrifan sebagai memalukan walaupun banyak wang telah dibelanjakan tetapi peningkatan dari segi pasukan berkualiti dan tahap masih menjadi satu impian, walaupun bukan satu igauan yang perlu menekankan, rombakan dan pembaharuan dalam persatuan dan dalam pengurusan pasukan Liga Super dan Liga Presiden dan lain-lain pertandingan.

Berjuta ringgit telah dibelanjakan tanpa membawa sebarang kesan yang boleh dianggap satu kejayaan. Disebalik komen dan pendapat yang dinyatakan meluas dalam urusan dan iteraksi harian yang boleh membawa hasil yang baik atau disebaliknya sering didengari tetapi sayangnya telah dikaitkan dengan kegagalan.



Sejarah Kejayaan dan Kedudukan Semasa

Tercatit dalam sejarah bolasepak kedah bahawa pasukan kita telah muncul dengan kebangkitan cemerlang dan melayakan diri bertanding diperingkat kebangsaan dengan mencapai beberapa kemenangan diawal diawal tahun 1984 sehingga 1996 iaitu di bawah kempimpinan YAB Menteri Besar Kedah ketika itu Tan Sri Othman Bin Arof sebagai Presiden, dan Allahyarham Dato' Paduka Hj. Ahmad Basri Bin Mohd akil sebagai Timbalan Presiden dan pengerusi esekutif, selain berperanan sebagai pengurus pasukan dengan mendorong segala usaha adalah peminat nombor satu KDYMM Tuanku Sultan Kedah sendiri yang begitu prihatin terhadap bolasepak Kedah malahan sehingga sekarang.

Selepas usaha awal membangunkan pasukan melalui tahun 1984, pasukan Jelapang Padi telah mncul dalam pertandingan akhir Piala Malaysia pada tahun 1987 kali kedua sejak kemunculan pertama 47 tahun yang lalu pada tahun 1940.

Dengan penampilan ini maka terciptalah gelaran sebagai pasukan Hijau Kuning dan juga lagu pasukan yang berkemundang ketika itu, tetapi sekarang hanya tinggal nama sahaja.


Era 80 dan 90 an

Dalam masa tujuh tahun dari 1987 sehingga 1993, Kedah berjaya ke perlawanan akhir Piala Malaysia sebanyak 6 kali, manakala dalam masa 12 tahun diantara 1984 sehingga awal 1996 pasukan Kedah telah menjuarai semua piala yang dipertandingkan.

Piala Malaysia 2 kali, Piala FA, Piala Sumbangsih, Piala Emas Raja-Raja, Piala Agong, Pasukan Bersih, Pemain terbaik (Hj. Radhi Mad Din), dan pemain harapan ( Fariza Ismail). Pasukan Kedah ketika itu menjadi kebanggan rakyat yang dihormati, bukan lagi pasukan belasahan disamping faedah dan manfaat kepada sosio budaya dan sosio politik masyarakat.


Masa Depan Pasukan Kedah

Pada masa kini, kita masih belum dapat menggambarkan dengan jelas bentuk pasukan Kedah yang kan menghadapi persaingan di masa hadapan yang menjadi tanda tanya ialah kenapa kelantan, terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, yang pernah kita kalahkan dahulu, kini mampu melayakan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia ini yang menjadi persoalan pada semua peminat kita.


Bola Sepak Liga Profesional

Wawasan Baik

Rancangan dan hasrat menjadikan bola sepak tempatan kita sebagai satu jenis sukan profesional yang utama di negara kita adalah satu wawasan yang baik. Sukan profesional ini bererti bola sepak akan menjadi satu industri sukan yang mampu menjana ekonomi, menarik penoton dan penaja berdaya maju dari segi pelaburan dan pulangan menjadi sumber kerjaya yang baik lagi mencabar kepada pemain-pemain yang berbakat.

Kesan Positif

Dari segi pembangunan secara umumnya industri bolasepak profesional seharusnya dapat membantu pembangunan melalui pelunag kerjaya yang diwujudkan selain dari sumber perniagaan kepada penghasilan bahan utama dan juga peniaga kecil. Manakala dari segi sosio budaya masyarakat ia membantu perpaduan melainkan berbentuk hiburan sihat dan sewajarnya menyumbang ke arah kelahirna semangat menyokong serta sikap bertanggunjawab, prihatin, jatidiri dan bersatu padu.

Pembangunan Melalui Akademi 

Kedah denga sendirinya sejak 1990 telah melancarkan projek pembangunan bola sepak jangka panjang yang melibatkan bakat-bakat muda dinamakan projek menjelang 2000. apabila modal pembangunan akademi yang dilaksanakan di Kedah telah mendapat perhatian FAM konsep pembangunan ini berjaya, kenapa Kedah tidak meneruskan projek ini?

Kegagalan Perlaksanaan 

Sayangnya berpunca dari sikap sebilangan pegawai perlaksanaanya tidak memperlihatkan kesungguhan selepas kejayaan projek menjelang 2000, KFA tidak lagi berminat untuk meneruskan kesinambungan walaupun FAM menamatkan projek ini.

KESIMPULAN

Kesimpulan yang di atas kegagalan ini adalah:-

Bola sepak Kedah, sejak Mac 2008 di bawah kepimpinan baru telah gagal dalam persaingan dalam Liga Malaysia, sedangkan pasukan kita dibarisi bekas pemain-pemain Malaysia dan pemain yang masih lagi menyarung jersi Malaysia yang mewakili Negeri kedah 2008-2011.

Kegagalan KFA mengadakan "LIGA K" yang dianjurkan setiap tahun bagi merebut Piala KDYMM, Piala Raja Muda dan Piala Presiden, tidak diadakan selama 3 tahun kebelakangan ini.

Persatuan Bolasepak Kedah yang diterajui kepimpinan yang berkaliber dan jawatankuasa eksekutif, telah gagal menjayakan dan merancang Liga tempatan, pembangunan akar umbi, pengadilan dan kejurulatihan.

Persatuan Bolasepak Kedah gagal dan tidak prihatin terhadap keperluan pada satu program pembangunan yang tersusun berjangka masa panjang dan sehingga kini masih tidak menentu dalam menghadapi keperluan utama menjayakan bolasepak secara menyeluruh di Negeri Kedah.

Persatuan bolasepak Kedah gagal dalam bertindak dan berinteraksi untuk melahirkan gandingan kerja dan kemampuan bertindak yang selaras dikalangan ahli-ahli gabungannya, sebaliknya lebih berlagak dengan memegang jawatan dalam persatuan dari merealisasikan kehendak bolasepak dan peminat.

Sikap kakitangan, petugas dalam pentadbiran KFA tidak selaras dengan aspirasi pembangunan bolasepak yang menjadi tanggungjawab mereka dari segi perlaksanaan mereka lebih dilihat membangkitkan halangan seolah-olah ada unsur kurang sihat.

Sebilangan jawatankuasa dan kaitangan KFA yang bertugas di bawah kepimpinan KFA kurang arif dibidang pentadbiran dan pengurusan pasukan dari segi latarbelakang dan pengalaman mereka. Mereka memang arif dari segi memberi khursus, ceramah dan sebagainya, tetapi kurang faham dari segi kehendak aspek bolasepak masa kini.

Kepimpinan KFA tidak membanru membaiki keadaan pasukan yang ada, kerana pucuk kempimpinan lepas tangan kepada Pengurusan Pasukan dan amat bergantung kepada penasihat dan panduan yang tidak ada pengetahuan dalam bidang bolasepak dan tidak bersikap positif.

Ahli-ahli gabungan dari 12 Daerah yang menjadi ahli gabungan KFA tidak dapat menyuarakan hasrat mereka, kerana mereka tidak lagi berada dalam Ahli Majlis atau jawatankuasa Eksekutif, bagaimana Daerah hendak bergerak dan memartabatkan bolasepak bagi mencari bakat.

Ada jawatankuasa eksekutif yang dilantik semasa menyuaray Agong terlalu hormat kepada kepimpinan KFA tidak ingin terpinggir atau mengharap sesuatu.

Ada juga Ahli Jawatankuasa yang lebih mengutamakan kepentingan diri mereka dan menghadirkan diri dalam mesyuarat hanya untuk menyatakan "YA" dalam segala hal.

Pada keseluruhannya KFA adalah persatuan sukan yang kaya dari sukan-sukan lain dan bertanggungjawab menguruskan sukan bolasepak yang paling popular di dunia, tetapi KFA telah gagal mengurus, melaksanakan peranan untuk mencapai kejayaan yang sewajarnya. Apa yang dilihat pengurusan dan pentadbiran yang kurang sempurna secara menyeluruh dan profesional.


REMEDI

Untuk memulihkan KFA kelandasan yang tepat bagi memajukan bolasepak Kedah disemua peringkat maka perubahan drastik perlu perlu dibuat untuk mengubah rupa bentuk dan sistem pengurusan dengan mengadakan berbagai liga tempatan, projek pembangunan kejurulatihan pengadil dan sebagainya.

Kepimpinan dan jawatankuasa dari kalangan mereka yang mampu dan sanggup berinteraksi dengan cara terbuka bagi menjayakan kemajuan bolasepak negeri Kedah.

Bahagian pentadbiran, pengurusan dan jawatankuasa perlu disusun semula, mereka yang cekap dan bertanggungjawab hendaklah diberi tugas utama. Ketua pentadbiran hendaklah mempunyai kewajipan, kemampuan dari segi segala sudut pengurusan, pembangunan, kewangan dan pentadbiran persatuan.

Kepimpinan ahli-ahli gabungan dan jawatankuasa hendaklah bertanggungjawab, melahirkan satu rangkaian kerjasama dari masa ke semasa yang selaras sehaluan serta saling bantu membantu sesama insan.

KFA perlu ada setiausaha Agung yang mampu menegur, merancang dan bertindak selaras dengan kehendak era bola sepak profesional masa kini dan bukanya seperti yang ada sekarang.


RUMUSAN

Saya dengan ini menulis laporan ini dengan cadangan ikhlas dan jujur di atas tanggungjawab sebagai yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang sukan bolasepak, dan ingin melihat Kedah D.A dipimpin YAB Dato' Seri Menteri Besar Kedah dan kepimpinan KFA dapat mengambil laporan ini secara positif, ikhlas untuk pembangunan bolasepak Negeri Kedah


Yang Benar
MOHAMAD SHARIF BIN WAHAB
BEKAS JURULATIH DAN AHLI MAJLIS KFA.

-copy from original text-

4 comments:

  1. moga saranan en sharif di atas dapat didengari oleh ahli majlis KFA yang belom pekak telinganya dan belom buta mata mereka....ke arah mengembalikan martabat dan kecemerlangan bolasepak negeri kedah darul aman ini....pulun kedah pulun

    ReplyDelete
  2. diharap apa yg disuarakan ini dpt di dgaq dan di ambik prhtian semua pihak dlm KFA untuk kemajuan Bola Sepak Kedah selamanya,,yg penting dlm KFA jgn hnya pandai ckp tp xpnh tau buat kheja.

    ReplyDelete
  3. seperti mana-mana persatuan sukan, pemimpinnya kena provide leadership dan direction. pemegang jawatan dan anggota urusetia tukang laksana. kalau dua-dua pihak tidak jalankan tanggungjawab...habis...

    ReplyDelete
  4. Sebelum ni pun Kedah tidak cemerlang sangat..cuma 4-5 tahun kebelakangan ini shj yang menjadi.Beri peluang pasukan bertindak..kalau benar pasukan ini lemah sudah tentu jurulatih sekarang dah angkat kaki. Jangan hanya kerana setahun dua tidak berjaya maka terus menghentam.yang penting bagi peluang anak muda negeri mendapat tempat..Kelantan pun hanya mengharapkan pemain luar.Kejayaan sepatutnya berterusan seperti Kedah yang mampu melahirkan pemain berterusan.Sabar..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...