Thursday, December 15, 2011

Kedah Yakin Julang Trofi



PASUKAN Kedah yang dibantu enam pemain berpengalaman Liga Super yakin mampu menjulang trofi Piala Emas Raja-Raja kali ini selepas berjaya melangkah ke separuh akhir dan bakal menentang Melaka di Stadium Darulaman, Sabtu ini.

Ketua jurulatih Kedah, Mohamad Ramlee berkata, gandingan dengan pemain Piala Presiden mampu menjadikan pasukan Kenari lebih mantap di peringkat akhir.

Enam pemain itu, Mohd Faizal Abu Bakar, Mohd Fazliata Taib, Hattaphon Bun An, Wan Mohd Asraf Wan Ali, Mohd Sany Mat Isa dan Mohd Muhaimin Mohamad mampu menyumbang gol kemenangan.

Katanya beliau berharap enam pemain Liga Super yang disenarai dalam kesebelasan utama mampu membantu Kedah muncul juara kali ini.

“Setakat ini persediaan tahap kecergasan, fizikal dan mental pemain pada kedudukan terbaik dan tiada pemain utama mengalami kecederaan serius,” katanya ketika ditemui di Pejabat Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah, semalam.

Pada aksi suku akhir Sabtu lalu, Kedah menumpaskan Pulau Pinang, 2-0 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang manakala Melaka menundukkan Selangor, 2-0.

Pahang akan bertemu Perlis setelah menundukkan lawan masing-masing, Polis Diraja Malaysia (PDRM), 2-0 dan Majlis Sukan Malaysia (MASUM), 3-0.


Simber: Harian Metro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...