Friday, March 30, 2012

Khyril Muhymeen mula 'gatal kaki'

KHYRIL (kiri) sudah belajar kesilapan dan tak sabar
tunggu aksi menentang Perak, malam ini.


PENJARING terbanyak Kedah, Khyril Muhymeen Zambri tidak sabar beraksi kembali apabila Hijau Kuning menentang Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Darulaman, malam ini selepas tersisih daripada senarai pasukan yang menewaskan T-Team dalam suku akhir Piala FA tempoh hari.


“Saya kesal kerana kemarahan saya mengakibatkan dilayangkan kad kuning kedua sehingga terpaksa menjadi penonton ketika kita bertemu T-Team di Kuala Terengganu. Tapi saya sudah belajar dan mahu bantu pasukan mencari kemenangan ke atas Perak, esok (malam ini,” kata penyerang yang sudah menyumbang enam gol setakat ini.

“Saya juga gembira dengan prestasi rakan penyerang (Hamidan Mohamed) berjaya menjaringkan dua gol memastikan kami ke separuh akhir. Saya yakin peningkatan prestasi dia dan keyakinan diri saya mampu membantu Kedah.

“Apa pun kami tidak memandang rendah keupayaan Perak kerana kedudukan mereka pada tangga liga membuktikan kemampuan mereka dan kami harus berwaspada di gelanggang sendiri.” 

Khyril juga yakin, jurulatih pasukan, Wan Jamak Wan Hassan mampu menjelmakan satu lagi ramuan terbaik mengatasi lawan.

Oleh Bashah Zainol Abidin
bhsukan@bharian.com.my
2012/03/30

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...