Thursday, September 30, 2010

Malaysia Cup Group Standings 2010



Klik di sini: Perlawanan akan datang


Kumpulan A





Kumpulan B





Kumpulan C





Kumpulan D

Saturday, September 18, 2010

Dua gol Baddrol kecewakan Perak

KEDAH mula menemui sentuhan sebenar apabila mudah menewaskan Perak 2-0 untuk menduduki tangga teratas saingan Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Barisan kendalian Ahmad Yusoff sekali lagi bersandarkan kepada kelincahan pemain kebangsaan, Baddrol Bakhtiar apabila mendahului 2-0 pada babak pertama menerusi jaringan penjaring gol dalam perlawanan pertama di gelanggang Johor FC, Selasa lalu.

Seawal minit kedua, Baddrol membuka tirai jaringan menerusi sepakan percuma untuk menewaskan penjaga gol muda Perak, Kamarul Affendi hingga menyaksikan penguasaan penuh tuan rumah selepas itu.
Dengan jentera serangan bertali arus dari kiri dan kanan, termasuk dari Khyril Muhymeen Zamri serta ketua pasukan, Sabre Abu yang rajin mengemudi jentera tengah, Kedah terus mencemaskan benteng rapuh Perak yang diterajui K Nanthakumar.

Dan anak buah Raja Azlan Shah Raja Shoib terus menderita apabila Baddrol sekali lagi menggegar gawang apabila rembatan leretnya ke sebelah kanan gagal dibaca Kamarul pada minit ke-40 untuk membolehkan Kedah selesa menuju ke bilik persalinan.

Bersambung babak kedua, arus permainan bertukar apabila anak buah Raja Azlan mempamer peningkatan untuk sekali-sekala mencemaskan penjaga gol Helmi Rizal Alias di gawang tuan rumah tetapi terus dibelenggu penyudahan tumpul.

Sebaliknya, Hijau Kuning tampak sudah berpuas hati dengan tiga mata yang diraih hinggalah perlawanan tamat.
Dalam satu lagi saingan kumpulan yang sama di Stadium Selayang, Tentera yang terikat dengan Perak sebelum ini, mengutip satu lagi mata apabila mengikat Johor FC pula 1-1.

sumber: Berita Harian

Kedudukan Kumpulan C

POS TEAM P W D L F A +/- PTS
1 Kedah 2 1 1 0 3 1 2 4
2 ATM 2 0 2 0 3 3 0 2
3 Johor FC 2 0 2 0 2 2 0 2
4 Perak 2 0 1 1 2 4 -2 1

Monday, September 6, 2010

Mungkinkah Pemain Import akan kembali pada musim 2010/2011 ?

Ex-trio import Kedah: Marlon, Nelson dan Huggin
Seperti yang sudah kita tahu, pengharaman pemain import oleh FAM kali ke2 pada tahun 2009, telah banyak menampakkan perubahan di Stadium kita dan di Malaysia dan juga menampakkan permainan yang agak kurang memberangsangkan di dalam Liga Super dan Liga Perdana. Corak permainan yang agak kurang menarik membuatkan rakyat Malaysia kurang untuk pergi ke Stadium untuk menyokong pasukan masing-masing.

Jika di perhatikan pungutan jumlah tiket di setiap stadium di dalam MALAYSIA pada tahun 2009 dan 2010 agak mengecewakan, ini kerana tidak ramai penyokong yg hadir ke stadium pada tahun tersebut untuk menyokong pasukan kesayangan mereka, ini kerana impak yang di buat oleh FAM kerana mengharamkan pemain import untuk bermain di Malaysia.

Apa yang kita boleh lihat, ketiadaan pemain import menyebabkan ramai pemain-pemain tempatan nampak kurang untuk berusaha lebih agar kemahiran mereka lebih meningkat. Jika pemain import import bermain di Malaysia, nisbah untuk pemain tempatan bersaing dengan pemain import untuk mendapat tempat di dalam kesebelasan utama adalah besar. Ini kerana mereka akn cuba sedaya upaya mereka untuk mempertingkatan lagi kemahiran yang ada agar mereka lebih bagus dan bagus. Jika seperti sekarang apa yang mereka pikirkan adalah mereka hanya bersaing denga pemain tempatan dan x perlu untuk berlatih bersungguh-sunguh agar mereka mendapat tempat di dalam ksebelasan utama.

Baru-baru ini di dalam akhbar ada menyatakan, kemungkinan pemain import akan kembali pada musim hadapan di dalam Liga Malaysia. Di beritakan mesyuarat kata putus untuk membenarkan kembali pemain import bermain di Malaysia akan di adakan pada bulan oktober 2010, adakah FAM akan merealisasikan impian penyokong di Malaysia dan di Kedah? sama-sama kita nantikan. Yang pastinya harapan penyokong Kedah adalah ingin melihat kembali trio import kedah dahulu iaitu Marlon, Nelson dan Huggin untuk kembali menyarung jersi Kedah pada musim hadapan, kemungkinan beberapa import ini tidak akn kembali bersama kedah tetapi harapan untuk mengembalikan mereka ke kedah adalah terletak pada pengurusan KFA, jika ingin melihat kejayaan pasukan kedah mereka akan dengar luahan suara penyokong Hijau Kuning.

Apa pon bersama-sama lah kita berdoa agar kita akan dapat mengembalikan kemeriahan di stadium kita dengan melihat permainan-permainan yang menarik dari pasukan yang kita sokong itu. Dan harapan agar FAM buka mata setelah apa yang berlaku jika pemain import tidak bermain di Liga Malaysia.

Kemeriahan Final Piala Malaysia 2008








oleh: wan warga

Friday, September 3, 2010

Piala Malaysia 2010

Sempena Piala Malaysia yang bakal tiba tidak lama lagi..Ultras Kedah menyeru agar ramai penyokong yang berjiwa Ultras akan dapat bersama-sama memberi sokongan padu kepada pasukan kesayangan kita iaitu KEDAH..

Dalam Piala Malaysia 2010..Kedah telah diundi untuk bersama-sama berjuang sehingga ke pentas akhir bersama pasukan Johor FC, ATM (Angkatan Tentera Malaysia) dan Perak iaitu di dalam kumpulan C..

Group C








Sejarah pertemuan 2010

Kedah vs ATM (Piala FA)

Di Darul Aman : Kedah 1-1 ATM
DI Selayang     : ATM 0-5 Kedah

Kedah vs Johor FC (Liga Super)

Di Darul Aman : Kedah 0-1 Johor FC
Di Pasir Gudang: Johor FC 1-2 Kedah

Kedah vs Perak (Liga Super)

Di Darul Aman: Kedah 1-1 Perak
Di Stadium Perak: Perak 1-0 Kedah

Mengimbau keputusan perlawanan kedah dengan pasukan yang ada dalam kumpulan C ini, kalau diperhatikan agak seimbang..walaupon kumpulan C bukan kumpulan maut..tetapi pasukan di dalam kumpulan ini mungkin akan lebih bersedia dengan kemungkinan yang berlaku...apa yang boleh diperhatikan di dalam kumpulan C ini..pasukan Kedah menjadi pasukan pilihan untuk layak ke pusingan seterusnya..tetapi sebarang kemungkinan boleh terjadi di dalam Piala Malaysia ini. Ini kerana semua pasukan yang bertanding ingin merebut piala yang boleh di katakan Piala utama di dalam pertandingan bola sepak di dalam negara ini..semestinya semua pasukan akan bermain bermati matian untuk melayak kan diri ke pusingan seterusnya.

Untuk memastikan Kedah layak ke pusinga seterusnya pemain memerlukan sokongan dari rakyat kedah agar mereka lebih semangat untuk bermain dan mencapai kejayaan. Kejayaan yang ajan mereka kecapi membolehkan kita juga berasa bangga kerana dengan sokongan kita pasukan kesayangan kita mencapai kejayaan. Jika hendak melihat kejayaan yang mungkin akan dicapai oleh pasukan KEDAH..marilah kita rakyat KEDAH memenuhkan kembali Stadium Darul Aman yang kian sunyi sekarang ini tanpa suara penyokong seperti dulu agar pasukan HIJAU KUNING kita mencapai kejayaan sehingga ke pentas akhir PIALA MALAYSIA..AYUH RAMAI-RAMAI KITA MEMBERI SOKONGAN KEPADA PASUKAN BOLA SEPAK KEDAH DI DALAM KEMPEN PIALA MALAYSIA KALI INI!!!!!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...