Wednesday, October 12, 2011

Pengadil bertindak ikut emosi

KEKECOHAN berlaku di SSINS semalam selepas pemain Terengganu
ditumbuk pemain Kelantan pada aksi suku akhir pertama
Piala Malaysia 2011 kelmarin.

LIMA kad merah dan lebih 10 kad kuning yang dilayangkan dalam tempoh 90 minit pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2011 antara Terengganu dan Kelantan kelmarin sudah cukup membuktikan betapa mutu pengadilan bola sepak di negara ini berada pada tahap memalukan.
Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak profesional, para penyokong turut menyelar sikap terlalu emosi pengadil perlawanan, Mohd. Nafeez Abd. Wahab yang sewenang-wenangnya melayangkan kad kuning kepada para pemain.

Saturday, October 1, 2011

Thursday, September 29, 2011

Pengadil ‘rompak’ peluang kami


ALOR SETAR – Bagaikan dirompak! Itu yang dirasai jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hassan apabila dua jaringan pasukan tuan rumah pada babak pertama ketika menentang Perak pada saingan Piala Malaysia kelmarin, dinafikan oleh pengadil.

Keputusan tersebut yang disifatkan Wan Jamak sebagai ‘jaringan bersih’, menyaksikan perlawanan berakhir dengan seri 1-1, sekali gus menghampakan Sang Kenari untuk suku akhir, apabila menghuni tangga ketiga Kumpulan A.

Wan Jamak berkata, pembatalan dua jaringan berkenaan menyentak semangat pemain, biarpun mereka cuba bangkit pada babak kedua dalam perlawanan ‘hidup mati’ pasukannya.

“Dua gol yang dibatalkan itu menyentak moral dan memberi kesan kepada pemain. Kami cuba sedaya upaya untuk mengatasi Perak tetapi apakan daya kami ‘dirompak’ oleh orang ke-13,” katanya kepada pemberita kelmarin.

Jaringan Badrol Bakhtiar pada minit ke-11 dan Mohd. Faizal Abu Bakar pada minit ke-38 tidak disahkan oleh pengadil dengan alasan pemain Kedah berada dalam kedudukan ofsaid dan Mohd. Faizal mengganggu penjaga gol Perak, Kamarul Affandi ketika perebutan bola.

Perak mendahului pasukan tuan rumah hasil jaringan bekas pemain Kedah, Shafiq Jamal pada minit ke-53 sebelum jaringan penyamaan Sang Kenari tiga minit kemudian hasil tandukan Mohd. Faizal.

Menurut Wan Jamak, dua jaringan anak buahnya itu adalah ‘bersih’ dan keputusan pengadil menafikan gol tersebut tidak masuk akal.

Justeru, dia berharap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dapat meneliti perkara berkenaan dengan meletakkan pengadil yang benar-benar berkaliber bagi memastikan kelancaran sesuatu permainan.

“Bukan saya kata pengadil ini tidak berkaliber, tetapi dia perlu melihat keadaan sekeliling dan keputusan yang dibuatnya meragukan.

“Dua gol tersebut betul-betul bersih. FAM boleh lihat semula ulang tayang,” katanya.

oleh: Mohd. Shariza Abdullah
sumber: UTUSAN ONLINE

Monday, September 26, 2011

Peluang Kedah masih terbuka


MASIH bernafas.
Begitu nasib Kedah yang berjaya dalam misi memburu tiga mata selepas menewaskan Sabah 1-0 pada aksi Piala Malaysia di Stadium Darulaman, Alor Setar kelmarin.
Bagaimanapun, kemenangan itu bukan diraih dengan mudah kerana skuad Kenari dilihat berada dalam keadaan tertekan.
Ketua jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan memberitahu, banyak gerakan yang dibuat pemain tidak dilakukan dengan baik.

Tuesday, September 13, 2011

Kenari bimbang ‘pancit’

Pertahanan Kedah, Mohd. Khyril Muhymeen (kanan) menyekat kemaraan pemain Sabah, Md. Farid Ideris pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Likas, Sabtu lalu. – UTUSAN/Ghazali Basri

KUALA LUMPUR – Dua perlawanan berturut-turut di tempat lawan memberi kesan kepada skuad Kenari yang kelihatan ‘pancit’ apabila berdepan pencabar utama Kumpulan A, Perak di Stadium Perak, hari ini.

Selepas melalui perjalanan jauh menentang Sabah di Kota Kinabalu Sabtu lalu, skuad Wan Jamak Wan Hassan menyambung perjalanan ke Ipoh dalam tempoh tiga hari, menyebabkan pemain tidak mendapat rehat secukupnya.

Masalah keletihan pemain diakui Wan Jamak, namun tidak mahu ia menjadi alasan menjelang perlawanan hidup mati dengan Perak.

“Pemain saya memang penat apabila terpaksa berulang-alik dalam masa yang singkat tetapi sebagai pemain profesional mereka perlu menjangka situasi seperti ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...