Sunday, August 14, 2011

Marlon bakal kembali ke Kedah

Marlon bersama Vancouver Whitecaps FC
Selepas berita mengenai Nelson Sam  Martin ingin kembali ke Liga Malaysia musim depan, kini berita mengenai Marlon Alex James pula kedengaran. Penyerang berusia 34 tahun ini yang bersama Kedah dari tahun 2006-2008 ini telah menjaringkan 44 gol untuk Kedah dan telah mempamerkan aksi bersama kedah sebanyak 44 kali.

Dalam mesyuarat KFA, ahli majlis KFA telah memutuskan ingin mengintai bekas penyerang Kedah FA pada musim 2006-2008 untuk kembali bersama Kedah pada musim hadapan iaitu Musim 2012. Marlon dipilih kerana mempunyai ciri-ciri menyerang dengan pantas dan rembatan kencang yang sering mengelirukan penjaga gol pihak lawan.

Dalam pemerhatian kami di laman facebook Marlon Alex James yang menggunakan nama Baller Alex Guy, kami telah menjumpai hasil perbualan Marlon bersama rakan Facebook beliau yang bernama Earla R. Beltran Riopel. Di laman Facebooknya Marlon berkata, yang beliau akan kembali bermain di Malaysia pada bulan November ini. Bukti ini telah menguatkan kebenaran yang beliau akan kembali bersama Kedah musim hadapan.

Perbualan Marlon dengan Rakannya di Laman Facebook



Video aksi Marlon Alex James bersama Vancouver Whitecaps FC

Marlon Alex James yang berusia 34 tahun pada tahun ini, berasal dari negara kepulauan Saint Vincent and the Grenadines. Bermain bersama Vancouver Whitecaps FC kelab dari Kanada yang berpangkalan di Divisyen 2 Liga Bola Sepak Amerika Syarikat. Semenjak beliau bermain di Vancouver Whitecaps FC pada tahun 2009 hingga 2010 kemunculan beliau dalam kelab itu sebanyak 23 kali dan telah menjaringkan 10 gol untuk Vancouver Whitecaps FC.

Oleh: Kenari Fans Squad


3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...