Marlon James |
MARLON Alex James serta beberapa pemain pertahanan dijangka tiba di Alor Setar pada pertengahan Oktober ini bagi mencuba nasib beraksi untuk Kedah mengharungi musim 2012.
Marlon bukanlah asing kepada ribuan peminat pasukan Hijau Kuning kerana dia berjaya membantu Kedah meraih tiga kejuaraan selama dua musim berturut-turut.
Malah dia juga berjaya memenangi kasut emas Liga Super 2007 dan gol pada dua final Piala Malaysia pasti masih segar dalam ingatan peminat setia Kedah.
Bagi memastikan Kedah dapat mengatasi masalah di bahagian serangan, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengambil keputusan mendapatkan khidmat Marlon semula bersama seorang lagi pemain pertahanan.
Pengurus pasukan Kedah, Datuk Khazali Din selepas berbincang dengan ketua jurulatih Wan Jamak Wan Hassan berkata, mereka mengambil keputusan untuk mendapatkan semula khidmat Marlon sebagai penyerang utama serta seorang pemain pertahanan. “Saya sudah menyampaikan hasrat mendapatkan dua pemain import bagi musim 2012 kepada KFA dan mereka bersetuju dengan cadangan saya dan Wan Jamak bagi mendapatkan khidmat Marlon dan juga pemain pertahanan.
“Walaupun dia sudah membuktikan kewibawaannya ketika bersama kita, dia perlu juga menjalani ujian sebelum sebarang keputusan diambil sama ada akan bersama Kedah atau sebaliknya.
“Kami juga sudah menjemput beberapa pemain dari Republik Czech untuk mencuba nasib kerana mereka mempunyai pemain berbadan tegap dan lebih keras berbanding pemain Eropah,” katanya.
oleh: Bashah Zainol Abidin
sumber: myMetro
yeee kedah akan kembAli mantap dengan adanya marlon alex jame
ReplyDelete