ALOR SETAR, 11 Jan (Bernama) -- Tiga pemain bola sepak Kedah termasuk seorang yang beraksi dalam skuad kebangsaan pada Piala AFF Suzuki baru-baru ini, menerima pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berikutan kecederaan yang dialami semasa latihan dan perlawanan bola sepak.
Penyerang pasukan Kenari yang mewakili negara pada Piala AFF Suzuki 2010, Mohd Khyril Muhymeen Zamri, 24, menerima pampasan terbanyak faedah hilang upaya kekal iaitu lebih RM30,000 kerana mengalami kecederaan pada lutut.
Mohd Khyril Muhymeen berkata beliau mengalami kecederaan pada lutut kanan itu semasa perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Kenya pada September 2009.