Sunday, January 9, 2011

KENARI KONSISTEN DI DARUL AMAN

Alor Setar, 8 Januari 2011- Perlawanan persahabatan Kedah yang kelima iaitu bertemu Perlis telah dilangsungkan di Stadium Darul Aman malam semalam. Empat perlawanan di Darul Aman sebelum ni menujukkan keputusan yang agak cemerlang di mana Kedah berjaya mengikat ATM tanpa jaringan, kemudian berjaya menumpaskan Sarawak dengan lima jaringan tanpa bolos, perlawanan ketiga pula berjaya menundukkan PKNS dengan satu jaringan tanpa balas dan perlawanan keempat berjaya menewaskan Sime Darby dengan jaringan satu gol.

Semalam Kedah banyak menurunkan pemain-pemain berpengalaman selain penjaga gawang Mohd Muhaimin, penyerang Hattapon dan pemain tengah Wan Asyraf, ketiga-tiga pemain ini adalah dari skuad Piala Presiden Kedah. Di mana Perlis juga banyak menurunkan pemain berpengalaman dan pemain muda mereka.


Yang menariknya dalam perlawanan malam semalam, Tiga bekas pemain Kedah bermain untuk pasukan Perlis. Pemain tersebut adalah Fadhly Baharom, Saramsak Kram dan Farizal Rozali.


Fadhly Baharom berjersi biru mengawal bola dengan kemas

Pada babak pertama permainan banyak berlegar di tengah padang diantara kedua-dua pasukan dan sesekali nampak Perlis banyak menguasai bola di kawasan kedah untuk menyerang ke kubu Kedah. Penyudah yang lemah juga menggagalkan kedua-dua pasukan ini menjaringkan gol pada babak pertama.


Masuk babak Kedua, corak permainan kedua-dua pasukan berubah di mana Kedah telah membuat pertukaran pertama dengan memasukan pemain baru Kedah dan juga bekas pemain Perlis Amar Rohidan dengan menggantikan Sabree Abu. Penguasaan dibahagian tengah Kedah lebih kemas selepas kemasukan Amar Rohidan yang bergandingan dengan Fauzi Shaari.


Minit ke 47' serangan Perlis hampir menjaringkan gol hasil tandukan saramsak dari dalam kotak penalti Kedah namun penjaga gawang Kedah lebih bersedia untuk menghalang bola dari menerjah gawang Kedah. 


Selepas beberapa minit Hattapon pemain pelapis Kedah dari skuad Piala Presiden Kedah telah berjaya menggamatkan hampir 2000 penyokong Kedah yang hadir di Stadium Darul Aman hasil jaringanya pada minit ke 51' di mana berpunca dari Amar Rohidan kepada Azmi Muslim kemudian Azmi menghantar bola dari sebelah kiri dan berjaya disudahkan oleh beliau.


Hattapon penjaring tunggal Kedah

Minit ke 60' Kedah berjaya mendapatkan sepakan percuma hasil bentesan keras pemain Perlis keatas Fauzi Shaari. Baddrol bakhtiar mengambil sepakan tersebut yang jaraknya lebih kurang 30 meter , bola sepakan kencang beliau hanya berjaya menggegarkan palang gol Perlis

Baddrol Bakhtiar mengasak kubu Perlis

Minit ke 74' Perlis berjaya mengikat pasukan Kedah hasil jaringan pemain bernombor 14 iaitu Hafiszuan Salehudin. Minit ke 80' Sani Mat Isa pemain dari perlis dilayangkan kad merah kerana membantah keputusan pengadil. Sehingga pengadil menamatkan permainan kedua-dua pasukan tidak berjaya untuk menambah jaringan. 


Keputusan seri di Darul Aman menunjukkan pasukan Kedah nampak lebih konsisten kerana mereka belum tewas di gelanggang sendiri. Selepas ini Kedah akan bertandang ke Ipoh untuk bertemu Perak dan akan kembali ke Darul Aman pada 15 januari bagi perlawanan persahabatan keenam bertemu Kelantan.




Foto credit: Fardyrafeqphotography
-Kenari Fans Squad-
Oleh: Wan Warga
09/01/2011
3:21 am

6 comments:

  1. Anonymous9.1.11

    free kick tu bkn 7 meter bro...lebih kurang 30 meter la bro...klu 7m xpngil fre kick dah..,(penalti)

    ReplyDelete
  2. terbaekk la kedah! anak langkawi ucap all da best!!!

    walau sakit jatuh dan rebah!!

    ReplyDelete
  3. Anonymous9.1.11

    ha mcm tu la iwan...hahaha

    ReplyDelete
  4. Anonymous9.1.11

    berjuang sejiwa murni....pulun kedaH PULUN

    ReplyDelete
  5. pagi2 tak tau nak watpa merka semua lena wan memulakan update blog wahahahhaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...