Friday, January 7, 2011

Keahlian Kenari Fans Squad 2011

Download/Print Borang Permohonan Keahlian Kenari Fans Squad Di bawah.


Borang Keahlian KFS_PDF

1) Download/print borang di atas.
2) Isi borang tersebut dengan maklumat yang lengkap agar tidak berlaku masalah nanti.
3) Selepas buat pembayaran di bank, fotostet resit bank dan hantarkan/selitkan resit fotostet itu bersama sampul borang yang anda ingin hantar sebagai rujukan kami.
4) Jika ingin by hand masukkan duit bersama sampul borang yang dihantar.

*Note:
- Jika By hand kami akan beri resit kepada anda
- Bank in, jika resit anda hilang dan kami tiada rujukan tentang bukti pembayaran
  anda pihak kami berhak untuk menolak permohonan anda. Jadi berhati-berhati
  bagi yang bank in.
- Selepas bank in sila sms nama penuh anda dan masa bank in ke
   nombor 013 504 5560.
- Borang ini dibenarkan untuk anda fotostet supaya memudahkan anda beri kepada saudara/rakan-rakan
- Tarikh akhir penerimaan borang dan bayaran pada 20/01/2011

Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi encik. wan- 013 504 5560

TQ :)

Pelancaran Jersi Baru Kedah Musim 2011 dan Nama Pemain yang akan beraksi untuk Kedah musim 2011

Pada 5 Januari 2011 iaitu hari rabu bertempat di Hotel Regency, Alor Setar, satu majlis pelancaran jersi Kedah dan pengumuman pemain kedah yang bakal beraksi pada tahun 2011 telah diadakan.

Seperti yang kita tahu syarikat sukan LOTTO adalah penaja rasmi bagi pakaian pasukan Kedah, jersi kali ini tidak banyak beza dengan jersi musim 2010 tetapi bagi musim 2011, jersi kali ini lebih klasik.

kalau dilihatkan mungkin anda terkenang pada pasukan kedah pada tahun lewat 80 an dan awal 90 an. Seperti biasa "V" menjadi pilihan untuk rekabentuk di hadapan jersi kedah, mungkin kerana "V" menunjukkan satu maksud kejayaan iaitu dari perkataan "VICTORY".

Semasa hari pelancaran tersebut Baddrol Bakhtiar telah memperagakan jersi HOME iaitu berwarna Kuning, Fauzi Shaari (pak long) memperagakan jersi AWAY berwarna Hijau dan Amar Rohidan memperagakan jersi ke3 kedah yang berwarna kelabu merah.


Badd


Pak long


Amar rohidan

http://www.picturesyndicate.net/

 

Monday, December 6, 2010

AFF Suzuki Cup 2010: Malaysia Bimbang

Amar rohidan merembat bola ke arah gol Thailand sabtu lalu
“SAYA harap soal pakatan bahawa Indonesia akan memberikan kemenangan kepada Thailand tidak akan berlaku. Ia demi semangat kesukanan di rantau ini.”

Demikian kata pengurus skuad bola sepak kebangsaan, Datuk Subahan Kamal menjelang aksi terakhir Kumpulan A saingan Piala AFF Suzuki 2010, malam esok.

Skuad bimbingan K. Rajagobal itu akan membuat perhitungan dengan Laos di Stadium Jaka Baring, Palembang manakala tuan rumah, Indonesia bertemu Thailand di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta. Ketika ini, Indonesia sudah sah bergelar juara kumpulan dan mara ke separuh akhir setelah mengumpul enam mata diikuti Thailand dengan dua mata serta Malaysia dan Laos masing-masing satu mata.

Maka timbul keraguan bahawa Indonesia bakal membiarkan Thailand mengatasi mereka untuk mengumpul lima mata, sekali gus menafikan kemaraan Malaysia yang hanya mampu meraih empat mata jika menang ke atas Laos.


Kelantan Dan Kedah hampir Ke Akhir



KELANTAN menghampiri sasaran melangkah ke final Kejohanan Bola Sepak Puncak Piala Emas Raja-Raja selepas menundukkan Terengganu 3-0 pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mohammed Ke-IV di Kota Bharu, malam kelmarin.

Juara 12 kali itu sukar menembusi benteng Terengganu pada separuh masa pertama tetapi menemui sentuhan selepas masa rehat dengan menghasilkan tiga gol dalam tempoh 35 minit terakhir.

Dengan kekalahan itu, Terengganu dilihat berdepan tugas sukar biarpun akan melayan Kelantan di gelanggang sendiri, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu Isnin depan.

Aksi kelmarin, berlangsung dalam keadaan kurang sempurna ekoran keadaan padang yang becak disebabkan oleh musim hujan yang melanda negeri-negeri Pantai Timur ketika ini.


Friday, October 1, 2010

Sesi Percambahan Minda FAM

30 September 2010, Pegawai-pegawai FAM dan badan gabungan FAM telah memberi pandangan mereka masing-masing dalam sesi percambahan minda FAM di Shah Alam kelmarin, tentang kebenaran untuk pemain import beraksi di pentas LIGA M. Jawatankuasa pertandingan mengambil kira semua pandangan wakil FA negeri, kelab, persatuan profesional, jurulatih dan bekas jurulatih, penyokong serta pihak media.

Dalam sesi percambahan minda itu, mereka telah memberi kata putus bahawa pemain import hanya dibenarkan bermain di Liga M pada tahun 2012. Ini kerana mereka ingin FA negeri serta kelab yang bertanding memperkukuhkan lagi sumber kewangan mereka agar tiada sebarang masalah jika mereka mengambil pemain import untuk beraksi untuk pasukan mereka. Di fahamkan ada lagi pasukan tidak menjelaskan hutang dengan KWSP, LHDN, dan SOCSO.

Selain pada itu, mereka mngusulkan syarat kebenaran pemain import yang hanya boleh bermain di Liga M adalah dari negara yang ranking lebih tinggi dari ranking Malaysia. Ini adalah untuk memastikan pemain import yang beraksi di Liga M adalah pemain import yang berkualiti. Pemain import yang dibenarkan untuk satu pasukan hanya tiga orang sahaja.

Mereka juga meberikan usul untuk membenarkan Harimau Muda A, beraksi dalam Liga Super 2011 manakala Harimau Muda B beraksi pada Liga Perdana 2011. Manakala Liga Super musim hadapan akan mempunyai 16 pasukan yang bertanding, sekarang ini hanya 15 pasukan yang sudah pasti untuk bermain di Liga Super musim hadapan. Untuk mencari pasukan ke 16, perlawanan kelayakan akan di adakan untuk mendapatkan pasukan yang akan beraksi di Liga Super tahun 2011

Jawatankuasa eskutif akan bersidang Isnin ini untuk memutuskan segala keputusan yang telah dibincangkan. Segala keputusan akan diputuskan pada hari Isnin ini.

oleh: wan warga
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...