Khazali Din (baju merah) dikawal ketat oleh anggota polis ketika keluar dari Stadium Darul Aman, Alor Setar kelmarin selepas Kedah tumpas 1-3 kepada Johor FC dalam saingan Liga Super. |
ALOR SETAR - "Bacul kalau saya tinggalkan pasukan Kedah sekarang."
Demikian kata-kata pengurus pasukan Kenari, Datuk Khazali Din, yang bertegas tidak akan meninggalkan skuad Hijau Kuning itu selagi prestasi mereka gagal mencapai tahap terbaik.
Walaupun dicemuh kira-kira 1,000 penyokong yang berhimpun di luar Stadium Darul Aman kelmarin selepas Kedah tewas 1-3 kepada Johor FC dalam aksi Liga Super, namun Khazali tidak sesekali berniat untuk berundur.