Saturday, November 5, 2011

Saya Tidak Bersalah

wan jamak wan hasan

"Saya Tidak Bersalah" itulah yang dinyatakan oleh ketua jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hasan ketika ditemu bual oleh wartawan Astro Arena.

Wan Jamak yang sebelum ini telah dikatakan mengkritik tahap mutu pengadilan Malaysia dan juga dikatakan mengkritik tahap profesionalisme FAM dalam pemilihan pengadil dalam kancah Piala Malaysia pada perlawanan Kedah menetang Perak di Darul Aman  diperingkat kumpulan yang baru lepas.

KFA telah membalas borang B kepada FAM pada hari jumaat lepas, yang menyatakan Wan Jamak tidak bersalah, dan dalam temu bual itu Wan Jamak tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai FAM sehingga beliau dibicarakan kelak.

Penolong Setiausaha FAM berkata mereka akan membicarakan Wan Jamak dan akan mengkaji semula kenyataan yang dikeluarkan oleh Wan Jamak. Jika Wan Jamak didapati bersalah, tindakan akan dikenakan oleh FAM terhadap beliau.

-admin KFS-

2 comments:

  1. Yang salah FAM.. FAM saks!

    ReplyDelete
  2. kita tunggu ja lah keputusan perbicaraan nanti

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...