Tuesday, August 30, 2011

Kedah tagih magis Wan Jamak

KEDAH (jersi hijau) dilihat konsisten dalam saingan Liga Super musim ini.

SENTUHAN magis Wan Jamak Wan Hassan menjadi taruhan terbaik Kedah bagi menghadapi kempen Piala Malaysia yang akan bermula 6 September depan.

Dua tahun lalu, Wan Jamak membuktikan betapa bisanya sentuhan beliau apabila menjulang Negeri Sembilan muncul juara Piala Malaysia.

Kejayaan itu dianggap cukup manis kerana ia telah mengakhiri penantian Negeri Sembilan selama 61 tahun untuk mendakap piala berprestij dalam kancah bola sepak negara itu.

Kini Wan Jamak yang juga bekas jurulatih skuad kebangsaan, mahu meneruskan kejayaan gemilang itu bersama skuad Hijau Kuning.


Biarpun belum cukup setahun membimbing Kedah, Wan Jamak optimis barisan pemain yang dimilikinya mampu menghadirkan kejutan ke atas beberapa pasukan pilihan seperti Kelantan, Terengganu mahupun Selangor.

Sebelum mencongak peluang lebih jauh, Wan Jamak kini menyu- sun strategi terbaik bagi melepasi saingan peringkat kumpulan terlebih dahulu.

Diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Johor, Perak dan Sabah, Kedah dilihat memiliki kelebi- han berbanding ketiga-tiga penca- bar mereka itu.

Bagaimanapun, Wan Jamak tidak mahu anak-anak buahnya terlalu yakin kerana menganggap pertembungan di peringkat kumpulan tetap menjanjikan saingan sengit.

“Untuk persiapan (Piala Malaysia), kami tetap meneruskan lati- han seperti biasa, cuma di bulan puasa lalu, kami menukarkan sesi latihan kepada sebelah malam bermula pukul 11 malam.

“Dalam masa yang sama, bagi mengekalkan stamina dan prestasi para pemain, kami telah mengadakan beberapa perlawanan persahabatan,” kata Wan Jamak ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Kelantan, Terengganu mahupun Selangor, Kedah dianggap antara pasukan yang diramal mampu menjulang Piala Malaysia musim ini.

Ia bersandarkan kepada rekod cemerlang mereka pada 2007 dan 2008 dengan merangkul gelaran treble – Piala FA, Piala Malaysia dan Liga Super.

Bagaimanapun, Wan Jamak tidak mahu skuad Kenari leka dan menyandarkan kecemerlangan silam apabila mengharungi saingan Piala Malaysia kelak.

“Bagi saya, apa yang sudah berlalu, ia sudah menjadi sejarah dan itu semua bukanlah kelebihan mutlak untuk kita.

“Saingan kali ini berbeza kerana setiap pasukan yang mempunyai kelebihan sendiri dan mampu mencipta kejutan kerana masing-masing mempunyai peluang yang agak seimbang,” ujarnya.

Bagi mengharungi kempen Piala Malaysia musim ini, Kedah diperkuatkan dengan kehadiran dua pemain pinjaman, Azmizi Azmi dari Perlis dan Mohd. Basharul Abu Bakar (Harimau Muda).

“Apa yang saya lihat, kedua-dua pemain itu mampu menambahkan lagi kekuatan pasukan pada saingan Piala Malaysia nanti.

“Harapan saya agar semua pemain Kedah dapat memberikan persembahan terbaik dalam setiap perlawanan yang dilalui seterusnya membantu pasukan mencipta kejayaan,” katanya.

Sumber: Kosmo Online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...