Friday, January 7, 2011

Pelancaran Jersi Baru Kedah Musim 2011 dan Nama Pemain yang akan beraksi untuk Kedah musim 2011

Pada 5 Januari 2011 iaitu hari rabu bertempat di Hotel Regency, Alor Setar, satu majlis pelancaran jersi Kedah dan pengumuman pemain kedah yang bakal beraksi pada tahun 2011 telah diadakan.

Seperti yang kita tahu syarikat sukan LOTTO adalah penaja rasmi bagi pakaian pasukan Kedah, jersi kali ini tidak banyak beza dengan jersi musim 2010 tetapi bagi musim 2011, jersi kali ini lebih klasik.

kalau dilihatkan mungkin anda terkenang pada pasukan kedah pada tahun lewat 80 an dan awal 90 an. Seperti biasa "V" menjadi pilihan untuk rekabentuk di hadapan jersi kedah, mungkin kerana "V" menunjukkan satu maksud kejayaan iaitu dari perkataan "VICTORY".

Semasa hari pelancaran tersebut Baddrol Bakhtiar telah memperagakan jersi HOME iaitu berwarna Kuning, Fauzi Shaari (pak long) memperagakan jersi AWAY berwarna Hijau dan Amar Rohidan memperagakan jersi ke3 kedah yang berwarna kelabu merah.


Badd


Pak long


Amar rohidan

http://www.picturesyndicate.net/

 

Dan selepas pelancaran jersi kedah musim 2011, Timbalan Presiden KFA mengumumkan nama-nama pemain kedah yang bakal beraksi untuk skuad liga super pasukan kedah pada tahun 2011. Antara nama yang disebutkan adalah:
Penjaga Gol
Helmi Eliza Elias
Muhammad Al-Hafiz Hamzah
Abdul Hadi Hamid

Pertahanan

V. Thirumurugan
Sharil Faizal Sharifuddin
Fazliata Taib
Mohamad Khairul Helmi Johari
Mohd Fauzi Nan
Azmi Muslim
Shafizan Hashim

Tengah

Ahmad Fauzi Shaari
Amar Rohidan
Sabree Abu
Firdaus Fauzi
Baddrol Bakhtiar
Mohd Khyril Muhymeen Zambri

Penyerang

Azlan Ismail
Mohd Faizal Abu Bakar
Ahmad Shakir Md. Ali

Kalau dilihatkan dari nama-nama ini, kita boleh membuat andaian bahawa pasukan kedah mungkin berpeluang cerah umtuk membawa pulang salah satu piala yang dipertandingkan.
Ini kerana, pasukan kedah mempunyai lima orang pemain Malaysia yang telah mengharumkan nama negara ketika menjuarai piala AFF Suzuki pada tahun lepas. Lima pemain tersebut adalah Sabree Abu, Mohd Faizal Abu Bakar, Amar Rohidan, Khairul Helmi Johari dan khyril muhymeen.
Disamping itu nama-nama besar seperti Azlan Ismail, Fauzi Shaari, Helmi Eliza, Baddrol Bakhtiar juga menunjukkan pasukan kedah adalah pasukan yang mempunyai ramai pemain yang berpengalaman.

Selain nama yang disebutkan, ramai lagi pemain kedah yang mempunyai pengalaman luas ketika mereka pernah menjuarai tiga piala selama dua musim dan bekas pemain Malaysia.

Apa yang kita harapkan pada tahun ini pasukan kedah akan mengembalikan kegemilangan kedah seperti musim-musim lepas di bawah kendalian jurulatih Ahmad Yusof, sekurang-kurangnya pasukan kesayangan kita dapat meraih satu dari tiga piala yang dipertandingkan.

Untuk melihat kejayaan penyokong juga banyak memainkan peranan untuk menaikkan semangat pemain agar mereka bermain lebih semangat dan akan berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan.

Apa yang diperlukan untuk melihat kejayaan pasukan kedah kali ini adalah doa oleh penyokong setia Hijau Kuning. Sama-sama kita martabatkan kembali bola sepak negeri Kedah.

Oleh: -IJ-


























2 comments:

  1. mana nak beli jersi merah kelabu tu sekarang?
    kalau ada contact saya Muhammad 019-9894040

    ReplyDelete
  2. mana nak beli jersi merah kelabu tu sekarang?
    kalau ada contact saya Muhammad 019-9894040

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...