Thursday, January 13, 2011

Kerajaan Kedah Beri Ganjaran RM5, 000 Kepada Lima Pemain Skuad AFF Suzuki

Alor Setar, Jan 12 (Bernama) - Kerajaan negeri Kedah memberi RM5, 000 untuk lima pemain dan pembantu jurulatih yang berjaya membawa pulang Piala AFF Suzuki pada hujung tahun lepas

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata lima pemain tersebut adalah Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Mohd Sabre Mat Abu, Khairul Helmi Johari, Mohammad Faizal Abu Bakar dan Amar Rohidan. Tan Cheng Hoe pembantu ketua jurulatih Malaysia K. Rajagobal juga mendapat insentif serupa.

 
Azizan menambah bahawa kerajaan negari juga akan mempertimbangkan bidang tanah sebagai insentif tetapi pengumuman akan dilakukan nanti.

"Kami mungkin menawarkan mereka tanah yang ada di dalam Pokok Sena kerana daerah ini berkembang. Kami akan membuat keputusan dan pengumuman kelak," katanya kepada wartawan selepas beliau mempengerusikan mesyuarat exco negeri.


Sumber: Bernama-Olahan dari Bernama English.

2 comments:

  1. woaa..tahniah palyers2 suma

    ReplyDelete
  2. kaya la player kita...rezeki murah depa ni..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...