Monday, December 6, 2010

AFF Suzuki Cup 2010: Malaysia Bimbang

Amar rohidan merembat bola ke arah gol Thailand sabtu lalu
“SAYA harap soal pakatan bahawa Indonesia akan memberikan kemenangan kepada Thailand tidak akan berlaku. Ia demi semangat kesukanan di rantau ini.”

Demikian kata pengurus skuad bola sepak kebangsaan, Datuk Subahan Kamal menjelang aksi terakhir Kumpulan A saingan Piala AFF Suzuki 2010, malam esok.

Skuad bimbingan K. Rajagobal itu akan membuat perhitungan dengan Laos di Stadium Jaka Baring, Palembang manakala tuan rumah, Indonesia bertemu Thailand di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta. Ketika ini, Indonesia sudah sah bergelar juara kumpulan dan mara ke separuh akhir setelah mengumpul enam mata diikuti Thailand dengan dua mata serta Malaysia dan Laos masing-masing satu mata.

Maka timbul keraguan bahawa Indonesia bakal membiarkan Thailand mengatasi mereka untuk mengumpul lima mata, sekali gus menafikan kemaraan Malaysia yang hanya mampu meraih empat mata jika menang ke atas Laos.


Kelantan Dan Kedah hampir Ke Akhir



KELANTAN menghampiri sasaran melangkah ke final Kejohanan Bola Sepak Puncak Piala Emas Raja-Raja selepas menundukkan Terengganu 3-0 pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mohammed Ke-IV di Kota Bharu, malam kelmarin.

Juara 12 kali itu sukar menembusi benteng Terengganu pada separuh masa pertama tetapi menemui sentuhan selepas masa rehat dengan menghasilkan tiga gol dalam tempoh 35 minit terakhir.

Dengan kekalahan itu, Terengganu dilihat berdepan tugas sukar biarpun akan melayan Kelantan di gelanggang sendiri, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu Isnin depan.

Aksi kelmarin, berlangsung dalam keadaan kurang sempurna ekoran keadaan padang yang becak disebabkan oleh musim hujan yang melanda negeri-negeri Pantai Timur ketika ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...