Monday, September 6, 2010

Mungkinkah Pemain Import akan kembali pada musim 2010/2011 ?

Ex-trio import Kedah: Marlon, Nelson dan Huggin
Seperti yang sudah kita tahu, pengharaman pemain import oleh FAM kali ke2 pada tahun 2009, telah banyak menampakkan perubahan di Stadium kita dan di Malaysia dan juga menampakkan permainan yang agak kurang memberangsangkan di dalam Liga Super dan Liga Perdana. Corak permainan yang agak kurang menarik membuatkan rakyat Malaysia kurang untuk pergi ke Stadium untuk menyokong pasukan masing-masing.

Jika di perhatikan pungutan jumlah tiket di setiap stadium di dalam MALAYSIA pada tahun 2009 dan 2010 agak mengecewakan, ini kerana tidak ramai penyokong yg hadir ke stadium pada tahun tersebut untuk menyokong pasukan kesayangan mereka, ini kerana impak yang di buat oleh FAM kerana mengharamkan pemain import untuk bermain di Malaysia.

Apa yang kita boleh lihat, ketiadaan pemain import menyebabkan ramai pemain-pemain tempatan nampak kurang untuk berusaha lebih agar kemahiran mereka lebih meningkat. Jika pemain import import bermain di Malaysia, nisbah untuk pemain tempatan bersaing dengan pemain import untuk mendapat tempat di dalam kesebelasan utama adalah besar. Ini kerana mereka akn cuba sedaya upaya mereka untuk mempertingkatan lagi kemahiran yang ada agar mereka lebih bagus dan bagus. Jika seperti sekarang apa yang mereka pikirkan adalah mereka hanya bersaing denga pemain tempatan dan x perlu untuk berlatih bersungguh-sunguh agar mereka mendapat tempat di dalam ksebelasan utama.

Baru-baru ini di dalam akhbar ada menyatakan, kemungkinan pemain import akan kembali pada musim hadapan di dalam Liga Malaysia. Di beritakan mesyuarat kata putus untuk membenarkan kembali pemain import bermain di Malaysia akan di adakan pada bulan oktober 2010, adakah FAM akan merealisasikan impian penyokong di Malaysia dan di Kedah? sama-sama kita nantikan. Yang pastinya harapan penyokong Kedah adalah ingin melihat kembali trio import kedah dahulu iaitu Marlon, Nelson dan Huggin untuk kembali menyarung jersi Kedah pada musim hadapan, kemungkinan beberapa import ini tidak akn kembali bersama kedah tetapi harapan untuk mengembalikan mereka ke kedah adalah terletak pada pengurusan KFA, jika ingin melihat kejayaan pasukan kedah mereka akan dengar luahan suara penyokong Hijau Kuning.

Apa pon bersama-sama lah kita berdoa agar kita akan dapat mengembalikan kemeriahan di stadium kita dengan melihat permainan-permainan yang menarik dari pasukan yang kita sokong itu. Dan harapan agar FAM buka mata setelah apa yang berlaku jika pemain import tidak bermain di Liga Malaysia.

Kemeriahan Final Piala Malaysia 2008








oleh: wan warga

6 comments:

  1. culalongkon6.9.10

    sempoi

    ReplyDelete
  2. Anonymous15.9.10

    ini hanya tinggal sejarah...moga kenari akan terbang tinggi pada malaysia cup 2010...

    ReplyDelete
  3. adanya pemain import thn 2011 lg sempoi

    ReplyDelete
  4. Anonymous7.1.11

    x perlulah pemain import.....
    kalau tak pemain Kedah malas nak berusaha...
    asyik harapkan pemain import sumbat goal

    ReplyDelete
  5. Anonymous5.8.11

    FAM IBARAT MEMBUAT PERMAINAN DENGAN KEDAH...SENGAJA HARAMKAN PEMAIN IMPORT BILA TENGOK KEDAH DILANDASAN TERBAIK MANA ADA TEAN YANG BOLEH LAWAN KEDAH,SELANGOR JADI DALANG DALAM HAL FAM NI.....

    ReplyDelete
  6. Anonymous7.8.11

    apesal nak salahkan selangor plak sial

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...