KEKECOHAN berlaku di SSINS semalam selepas pemain Terengganu ditumbuk pemain Kelantan pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2011 kelmarin. |
LIMA kad merah dan lebih 10 kad kuning yang dilayangkan dalam tempoh 90 minit pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2011 antara Terengganu dan Kelantan kelmarin sudah cukup membuktikan betapa mutu pengadilan bola sepak di negara ini berada pada tahap memalukan.
Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak profesional, para penyokong turut menyelar sikap terlalu emosi pengadil perlawanan, Mohd. Nafeez Abd. Wahab yang sewenang-wenangnya melayangkan kad kuning kepada para pemain.