Friday, October 1, 2010

Sesi Percambahan Minda FAM

30 September 2010, Pegawai-pegawai FAM dan badan gabungan FAM telah memberi pandangan mereka masing-masing dalam sesi percambahan minda FAM di Shah Alam kelmarin, tentang kebenaran untuk pemain import beraksi di pentas LIGA M. Jawatankuasa pertandingan mengambil kira semua pandangan wakil FA negeri, kelab, persatuan profesional, jurulatih dan bekas jurulatih, penyokong serta pihak media.

Dalam sesi percambahan minda itu, mereka telah memberi kata putus bahawa pemain import hanya dibenarkan bermain di Liga M pada tahun 2012. Ini kerana mereka ingin FA negeri serta kelab yang bertanding memperkukuhkan lagi sumber kewangan mereka agar tiada sebarang masalah jika mereka mengambil pemain import untuk beraksi untuk pasukan mereka. Di fahamkan ada lagi pasukan tidak menjelaskan hutang dengan KWSP, LHDN, dan SOCSO.

Selain pada itu, mereka mngusulkan syarat kebenaran pemain import yang hanya boleh bermain di Liga M adalah dari negara yang ranking lebih tinggi dari ranking Malaysia. Ini adalah untuk memastikan pemain import yang beraksi di Liga M adalah pemain import yang berkualiti. Pemain import yang dibenarkan untuk satu pasukan hanya tiga orang sahaja.

Mereka juga meberikan usul untuk membenarkan Harimau Muda A, beraksi dalam Liga Super 2011 manakala Harimau Muda B beraksi pada Liga Perdana 2011. Manakala Liga Super musim hadapan akan mempunyai 16 pasukan yang bertanding, sekarang ini hanya 15 pasukan yang sudah pasti untuk bermain di Liga Super musim hadapan. Untuk mencari pasukan ke 16, perlawanan kelayakan akan di adakan untuk mendapatkan pasukan yang akan beraksi di Liga Super tahun 2011

Jawatankuasa eskutif akan bersidang Isnin ini untuk memutuskan segala keputusan yang telah dibincangkan. Segala keputusan akan diputuskan pada hari Isnin ini.

oleh: wan warga
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...